Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kami Serahkan Pada Pihak Berkuasa” - Dakwaan Palsu Rumah Tangga Berantakan, Mawi Buat Laporan Polis

Mya Amri 05/10/2023 | 04:55 MYT
Penyanyi, Mawi dan isterinya, Ekin memaklumkan telah membuat satu laporan polis berkenaan dakwaan palsu mengenai rumah tangga mereka.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, tindakan itu dibuat kerana pihak tidak bertanggungjawab itu telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa perkahwinan mereka sedang berantakan.
“Ya, saya buat laporan polis di Bangi, semalam. Ia berkaitan berita palsu yang disebarkan oleh pihak itu mengenai rumah tangga saya.
“Jadi, kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Ditanya sama ada pihak terbabit cuba menghubunginya selepas dia membuat laporan polis, Mawi bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan.
Terdahulu, Mawi menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu membabitkan rumah tangganya.
Kata Mawi, berita tular yang tersebar di platform digital dan media sosial itu sekali gus menimbulkan persepsi terhadap mereka.

A post shared by Ekin Cahaya (@ekinmawi_cahaya)

#Mawi #Rumah tangga #Asmawi Ani #Report Polis #Dakwaan Palsu
;