Berita

“Kami Tak Cucuk & Toreh, Tapi Kami Edit…” - Shiera Tak Buat Pembedahan Wajah

Syafiqah Jalal
04/02/2020
02:29 MYT
Sponsor Banner
“Kami Tak Cucuk & Toreh, Tapi Kami Edit…” - Shiera Tak Buat Pembedahan Wajah
Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira atau Shiera akui tidak melakukan pembedahan atau melakukan suntikan ke atas wajahnya untuk kelihatan lebih cantik.
Namun, fotonya sebelum ini lebih banyak disunting untuk nampak lebih sempurna di dalam gambar. Menurut Shiera adalah lebih baik jika wajahnya berkedut bila tiba masanya.
“Alhamdullillah, dulu dapat banyak duta.
“Kami tak cucuk dan toreh anak beranak, tapi kami edit lebih-lebih aku yang paling banyak edit.
“Tapi ada yang edit jadi umur macam budak 4 tahun, melampau!
“Biarlah dia berkedut dengan seadanya.
“Gambar ni tahun hmmmm.. 6 tahun dulu, anak dah 4. Doa semoga sihat sebab anak kecil-kecil nak bagi makan ya,” tulisnya. Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama ibu mertuanya.
Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Shiera turut mempunyai seorang anak bernama Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar