Laman Utama

Kanak-Kanak Dari Kluang Disyaki Meninggal Dunia Kerana Strok Haba

Gempak
02/05/2023
06:12 MYT
Sponsor Banner
Kanak-Kanak Dari Kluang Disyaki Meninggal Dunia Kerana Strok Haba
Satu lagi khabar duka tentang fenomena cuaca panas melampau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia disyaki disebabkan strok haba.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.
Airiel dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi semalam.
Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat.
Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.
"Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.
Beliau berkata, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.
"Anak saya dikebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar