Laman Utama

Kantoi Bohong Polis, Pelakon Thailand Toy Thanapat Dedah Punca Tikam Kekasih 20 Kali Sampai Mati

Maliah Surip
08/08/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
Kantoi Bohong Polis, Pelakon Thailand Toy Thanapat Dedah Punca Tikam Kekasih 20 Kali Sampai Mati
Bintang drama Thailand, Toy Thanapat yang ditangkap polis negara tersebut selepas membunuh kekasihnya, Chatsaran Suwannakit kelmarin akhirnya menceritakan sebab dirinya melakukan perbuatan keji itu.
Terdahulu, media tempatan melaporkan mayat Suwannakit ditemui di kediaman yang mereka duduki bersama di Khlong Samwa pada hari Jumaat.
Pelakon berusia 21 tahun itu mengaku membunuh kekasihnya yang berusia 25 tahun kerana cemburu buta.
Lebih sadis, wanita tersebut mati dengan 20 kesan tikaman di seluruh badannya di bilik tidur tingkat dua rumah jenis townhouse.
Menerusi laporan Bangkok Post, Thanapat menunggu pihak polis datang sewaktu kejadian dalam keadaan panik. Sebilah pisau dengan ukuran 5 inci yang masih berlumuran darah turut ditemui di dalam rumah.
Melalui siasatan, Thanapat yang juga dikenali dengan panggilan Toy Toy mengatakan pada malam kejadian, dia dan kekasihnya menghabiskan masa dengan minum sehingga mabuk di tingkat bawah kediaman mereka.
Namun, selepas mereka naik ke bilik di tingkat atas, keduanya mula bertengkar termasuk tentang pekerjaannya sebagai seorang pelakon.
Hos program Watching It In Sendai itu kemudian dihalau keluar daripada rumah. Sewaktu pelakon itu sedang berkemas, dirinya terus dimarahi dan dihina kekasih.
Pelakon itu mendakwa, kekasihnya telah pergi ke dapur mengambil pisau dan kembali ke bilik. Oleh kerana bimbang kekasihnya akan mencederakan diri atau melakukan hal yang lebih buruk, dia bergelut untuk mendapatkan pisau daripada wanita itu.
Sewaktu pergelutan itu, Thanapat mendakwa Chatsaran telah menikam dirinya sendiri beberapa kali.
Bagaimanapun setelah menjalani siasatan dengan lebih lanjut, Thanapat akhirnya mengaku menikam bahagian dada dan membunuh kekasihnya itu kerana cemburu buta.
Sementara itu ada yang mendakwa Chatsaran pernah mengaku dirinya telah lebih dua tahun didignosis bipolar. Dia mendedahkan tentang penyakitnya melalui satu hantaran dalam Facebook tidak lama dulu sambil memuat naik foto dirinya mengalamai beberapa kecederaan.
Chatsaran didakwa mengaku menghidap bipolar selepas sering dipukul oleh bekas bekas kekasihnya.
Kredit Foto: Bangkok Post
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar