Berita

Kantoi Jual Beli Perempuan, Bapa Simbah Asid Ke Muka Anak

Syafiqah Jalal
11/05/2017
11:55 MYT
Sponsor Banner
Kantoi Jual Beli Perempuan, Bapa Simbah Asid Ke Muka Anak
Seorang gadis berusia 20 tahun disimbah asid di wajahnya oleh bapa sendiri selepas mangsa melaporkan lelaki itu menjual perempuan untuk seks.
Menurut laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku di Uttar Pradesh, India, ketika Khushboo Devi sedang tidur bersama suami dan anak perempuannya sebelum didatangi bapanya yang berang.
Bapanya, Manik Chandra mengetuk pintu rumah mereka dan bertindak agresif menyimbah asid ke wajah anaknya sejurus pintu terbuka.
Cecair asid itu bagaimanapun turut terkena pada suaminya, Vinod Kumar, 26, dan anak perempuannya, Trisha.
Ketiga-tiganya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Ayah saya simbah asid pada saya kerana saya tahu segala perbuatan keji yang dilakukan.
"Dia tahu dia akan dipenjarakan jika saya membuka mulut tentang kegiatan dia membeli dan menjual perempuan untuk hamba seks.
"Dia menyangka saya akan menyimpan rahsia dan dengan membunuh saya rahsianya akan selamat. Bapa saya memang kejam!" katanya.
Khushboo bersama empat adiknya membesar sambil melihat kegiatan bapanya memperdagangkan wanita selepas ibunya, Sarita Devi, 35, meninggal dunia pada tahun 2007.
"Hidup ibu sengsara bersama ayah. Dia sering didera selama bertahun-tahun.
"Pernah sekali ayah memukul ibu sehingga ibu hilang pendengaran!
"Selepas ibu melarikan diri, ayah berkahwin dengan wanita lain namun menjualkan mereka kepada lelaki lain pula," jelasnya.
Malah, perkahwinannya dengan Vinod ketika Khushboo berusia 14 tahun disebabkan bapanya gagal membayar hutang berjumlah 40,000 Rupees (RM2,700) dan menawarkan gadis itu sebagai ganti.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: The Reporter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar