Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kanye West, Pasangan Macam Orang Tak Ada Tamadun! Nampak ‘Bon*ot & Projek Atas Kapal

Maliah Surip 30/08/2023 | 13:50 MYT
Bukan Kanye West jika tidak menimbulkan kontroversi dan rasa jelek dalam kalangan orang sekeliling.
Jika sebelum ini West atau Ye dan pasangannya, Bianca Censori disifatkan biadab selepas Censori dilihat seperti tidak berpakaian dengan busana ‘bogel’, kini keduanya mencetuskan kontrovesi lagi selepas dilihat sedang ‘buat projek’ di atas sebuah kapal persiaran atau dipanggil teksi air yang popular di Venice, Itali, baru-baru ini.
Menerusi beberapa keping foto yang dirakamkan paparazi, pasangan tersebut dilihat menghabiskan masa dengan ditemani seorang wanita tidak dikenali dan pemandu teksi air yang membawa mereka bersiar-siar.
Tanpa segan silu Ye dilihat telah melondehkan seluar sementara Censori duduk di celah kelengkang pemenang Grammy itu dan seperti melakukan ‘sesuatu’ yang disifatkan sebagai tidak bertamadun.
Apa lagi perlakuan tidak senonoh itu dilakukan pada siang hari sewaktu ramai pelancong turut berada di atas teksi air lain.
Ye yang sepanjang masa menutup sebahagian wajahnya dengan kain berwarna hitam didakwa langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
#Viral #Hollywood #Kanye West #Kapal
;