Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kapala Pening!" - Slang English Wanna Ali Dibuat-Buat? Ini Kata Empunya Diri

Amri Hassan 14/06/2020 | 04:30 MYT
Selepas filem Ada Apa Dengan Dosa ditayangkan sejak 4 Jun lalu, ramai yang memberikan pendapat dan komen termasuk isu slang bahasa Inggeris pelakon utamanya, Wanna Ali.
Memegang watak Aurora, gadis yang dibesarkan oleh keluarga angkat di Scotland, Wanna perlu mempraktikkan berbahasa Inggeris dan minimal bahasa Melayu.
"Itu karakter saya, jadi saya tiada pilihan lain selain bercakap menggunakan slang tersebut. Terpulang nak percaya atau tak.
"Saya mengikut mengarah dan skrip," katanya yang perlu berlatih mempraktikkan bercakap slang Inggeris lebih sebulan sebelum mula penggambaran.
Kata Wanna, slang Inggerisnya itu juga menyukarkannya menghayati watak terutama ketika emosi.
"Itu salah satu cabaran juga bila saya beremosi. Saya kena ingat 'aku ni tak boleh free berdialog dan aku tak reti cakap Melayu'.
"Tapi kalau nak bercakap Inggeris pula saya kena ada aksen," kongsinya kepada Gempak.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Wanna Ali #Ada Apa Dengan Dosa #Slang
;