Laman Utama

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”

Azwa Rahman
15/08/2022
05:51 MYT
Sponsor Banner
Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona memaklumkan dirinya dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang oleh seorang wanita yang merupakan isteri kepada lelaki terbabit.
Menerusi laman sosial Twitter, Leona berkongsi sebuah tangkapan layar pertuduhan wanita terbabit yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram bapanya. Dalam perkongsian tersebut, Leona, 20, didakwa menjalinkan hubungan, menggunakan wang lelaki terbabit berjumlah ribuan ringgit dan hidup melarat selepas suaminya mengabaikan dirinya dan anak untuk bersama Leona.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut menuntut agar Azhar memulangkan kembali kesemua wang suami yang telah dibelanjakan oleh Leona sebelum dia mengambil tindakan membuat laporan polis.
Tidak mahu keadaan bertambah keruh, Azhar lantas bertindak menghantar pesanan WhatsApp kepada wanita terbabit bagi dia mengemukakan bukti terhadap semua dakwaan yang telah dilemparkan kepada anaknya itu. Sementara itu di ruangan komen, pertuduhan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam pertuduhan wanita terbabit.
Malah, ada wargamaya yang turut menghubungi wanita tersebut bagi mempertahankan Leona.
“Bapak dia pun kaya. Atuk-atuk pun kaya. BF dia pun kaya. I think Leona better ask money from her own family daripada someone else's husband lol. Kelakar la aunty Azira ni,” komen seorang wargamaya.
“Orang ni buat lawak ke? Adakah ini cara baru untuk dapat duit? Bila scammer tuduh dia discam oleh orang lain haha,” tanya seorang wargamaya.
“Ni taktik baru scammer ni. Number dekat truecaller pun scammer gila. Be careful okay,” pesan seorang wargamaya.
“Hahahaha dia tak tahu ke pakwe Leona lagi kaya berganda, siap boleh bagi Dior. Takkan Leona bodoh nak pi curang. Suami orang tu ntah-ntah sangkak miskin,” ujar seorang wargamaya.
“Ni kes macam bipolar disorder ni please someone check on her,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 6,000 ulang ciap dan 14,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar