Laman Utama
Kasut Chris Martin Jadi Dambaan Netizen, Peminat Cari Lubuk Asal! Rupa-Rupanya...
"Kasut tu dia seorang je yang ada," demikian hantaran seorang pengguna platform X merujuk kepada sepasang kasut yang dipakai vokalis Coldplay, Chris Martin ketika konsert Coldplay: Music of the Spheres yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah individu berkenaan, kasut unik itu sebenarnya merupakan cantuman 70 pasang kasut yang dipakai untuk setiap konsert.
"Pada yang beria cari kasut apa Chris Martin pakai dan nak beli, nak jadi mcm dia. Lupakan je.
"70 kasut buruk, terpakai dia cantumkan jadi kasut khas pakai utk setiap konsert," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menelusuri semula hantaran terdahulu sekitar tahun 2021, tulis Chris, memang benar kasut miliknya merupakan bahan kitar semula daripada kasut-kasutnya sendiri.
Tidak mustahillah ia hanya dimiliki oleh Chris seorang saja di muka bumi ini.
"Kasut saya diperbuat daripada 70 pasang kasut lama, ia dicantum-cantumkan menjadi sepasang kasut berwarna-warni," tulis Chris sekitar beberapa tahun lalu.
Sumber: Platform X