Laman Utama
“Kasut Dilepaskan, Salah Satu Cara Untuk Grounding” - Public Health Puji Cara Maya Karin Tangani Panik Attack
Organisasi Public Health Malaysia memuji tindakan aktres Maya Karin menangani serangan panik yang dihadapinya sewaktu menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-32 baru-baru ini.
Selain Maya, Public Health Malaysia juga turut menyebut nama pelakon Faizal Hussein sebagai ‘penyelamat’ semasa insiden itu berlaku.
Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Public Health Malaysia, pihak mereka juga menjelaskan kepentingan cara mengendalikan serangan panik yang digunakan Maya ketika itu.
“Tahniah diucapkan kepada Maya kerana berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas.
“Mujur ada Roy (Faizal Hussein) menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.
“Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding, selain mengambil nafas (deep breathing),” jelas entri tersebut.
Bagi yang tidak mengetahui tentang perkara itu, grounding adalah teknik berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik berlaku.
Melalui proses ini, pesakit dapat mengenal pasti objek di sekeliling untuk memberitahu otak mengenai kedudukan subjek.
“Barulah pesakit rasa selesa kerana tahu di mana dirinya berada dan rasa lebih terkawal.
“Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.
Dalam hantaran yang sama, Public Health Malaysia juga berkongsi info grafik tentang serangan panik dan cara-cara mengawal situasi seandainya terkena serangan.
Sehingga kini, hantaran itu telah dikongsi lebih 6,000 kali dan menerima 1,000 komen daripada netizen.
Rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada Public Health Malaysia kerana berkongsi infomasi yang sangat berguna kerana ada dalam kalangan mereka tidak tahu cara yang betul untuk menangani serangan panik.
#Maya Karin
#Festival Filem Malaysia
#Panic attack
#Serangan Panik
#Public Health Malaysia
#Info
#FFM32