“Kau Adalah Manusia Yang Bijak Mempergunakan Orang Tapi Bodoh Jugak” - Nabila Huda Tempelak Siapa?
Tiada angin tiada ribut, aktres Nabila Huda mengundang tanda tanya netizen apabila memuat naik beberapa hantaran di platform X mengkritik tindakan seorang individu yang didakwa sentiasa memporak-perandakan keadaan.
Nabila menerusi beberapa rantaian hantaran mengugut untuk mendedahkan perangai sebenar individu tersebut yang dianggap tidak pernah berubah.
Dalam masa sama Nabila turut memohon maaf disebabkan hantaran berbentuk makian yang dikongsikan di platform X hari ini.
“Sorry eh memang hari ni rasa nak maki je sebab hilang kesabaran. Ini adalah a friendly reminder untuk sifulan sebab saya tau bloggers will pick up this stories. Dalam masa yang sama, saya hanyar berdoa ada sikit keinsafan pada diri beliau,” tulisnya.