Viral
"Kau Ingat Aku Pondan Ke Apa!” - Lelaki Mengamuk Terima Gangguan Seksual Individu Warga Asing
Satu video baru-baru ini tular di Platform X memperlihatkan seorang lelaki memarahi satu individu warga asing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, lelaki berkenaan memberikan amaran keras terhadap individu warga asing terbabit supaya menghentikan tindakan lucahnya.
“Kau ingat aku pondan ke apa! Kau tak kenal lagi aku siapa, kau tengok aku lembut macam ni, kalau kau kena pijak dekat sini pecah muka kau!” getus lelaki itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, hantaran itu tidak diterima baik netizen apabila rata-ratanya mengkritik tindakan lelaki berikut dan menuduhnya sebagai seorang yang ‘memilih rupa’.
Antara komen yang diterima:
“Cuba kalau helok mau dilayan,”
“Cuba kalau yang mesej tu muka oppa atau abang sado, takde dia marah macam ni, terus senyap-senyap buat kerja,”
“Sebab tak hensem je, cuba kalau hensem.”
BERITA TRENDING: Influencer Dakwa Dirinya Pejuang, Tak Menangis Ketika Dilahirkan! - "Aku Lahir Untuk Takluk 7 Benua"
Dalam pada itu, ada juga segelintir berpendapat bahawa gangguan seksual bukannya sesuatu perkara gurauan dan seharusnya diambil serius oleh ramai pihak.
“Saya rasa komen semua langsung tak sensitif. Cakap senang bila tak kena batang hidung. Bila dia pertahankan diri, korang pertahankan yang buat onar,”
“Benda tak kelakar pun dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih 1.6 juta tontonan dan lebih 2,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X