Viral
"Kau Ingat Rumah Kassim Baba Mahu Pangkah-Pangkah?" - Doktor Respon Penjarakan Sosial Dalam Tandas Awam
Tular di media sosial baru-baru ini beberapa tandas awam di kawasan Rehat & Rawat (R&R) mengamalkan penjarakan sosial dengan cara tersendiri.
Selain menandakan pangkah (X) di ruangan urinal, ada juga beberapa pintu tandas dijarakkan berdasarkan tanda tersebut.
Perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan keadaan sesak di ruangan tandas awam selain ada yang menyifatkan perkara tersebut melucukan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Situasi itu menarik perhatian seorang Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah untuk mengulas mengenai kesesuaian penjarakan sosial dalam tandas awam.
"Takkan tiada kompromi langsung. Lurus bendul tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam bab larangan PKP?
"Saya lihat tandas di satu R&R yang dilebel X, selang seli tidak benarkan masuk.
"Sedangkan tak perlu sampai terlalu ketat penjarakan sosial sedemikian rupa pun.
"Dinding, pintu yang menghadang antara dua orang yang sedang kencing sudah memadai. Tak perlu lah diselang seli jarak tandas.
"Lainlah tandas berdiri pancut kat dinding tu, perlulah dijarakkan 1 meter," katanya.
Hal yang sama terjadi di tandas awam masjid terutama bagi pengguna yang bermusafir jauh.
"Begitu juga dengan ahli jemaah masjid yang terlupa bawa sejadah. Yang dia ada hanya kain sapu tangan untuk ganti sejadah.
"Berdiplomasi la sikit. Tak perlu halau balik jemaah yang nak solat kat masjid tu.
"Kalau tak pakai pelitup muka munasabah juga sebab ianya lebih diambil perhatian penting dalam mencegah perebakan virus.
"Begitu juga jika ada ahli jemaah yang nak kencing di tandas masjid, dahlah bermusafir jauh, nak buang air kecil dan nak ambik wuduk pun dihalang.
"Kenalah memberi kelonggaran bab ni. Walaupun termaktub dalam arahan PKP, selagi beliau menjaga jarak sosial, tidak tersesak-sesak dalam tandas atau pun tidak bersentuhan sesama pengguna tandas, maka benarkanlah.
"Kekadang common sense dan nilai kemanusiaan pun perlu," tulisnya menerusi Facebook rasmi.
Perkongsian Suhazeli itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna malah telah diulang siar lebih 700 kali.