Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kau Keluar Sebab Nak Buat Benda Ni Je Ke?” – Achey Tegur Peserta Perhimpunan ‘Keluar & #Lawan’ Tunjuk Simbol Lucah!

Fiza Kamarudin 01/08/2021 | 08:15 MYT
Pelawak Achey meluahkan rasa kecewa terhadap sekumpulan peserta Perhimpunan ‘Keluar’ dan ‘#Lawan’ yang berkelakuan tidak sopan.
Semalam, media melaporkan segelintir peserta perhimpunan tersebut bersikat agresif apabila bertindak menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera dan media.
Achey menerusi perkongsian di Instagram (IG)berkata, tindakan tersebut jelas tidak beradab dan berakhlak.
“Kalau ada yang gagal kita betulkan laa…Ini korang pulak yang macam tak betul ni kenapa?? Kau keluar sebab nak buat benda ni je?
“Kat umah pun boleh kot mengadap cermin…Bila dah mengadap cermin tu faham-faham je lah.
Salah satu sebab benda ni terjadi. Rumah agama sudah kurang dikunjungi. Oleh itu akhlak tak tersemai dalam diri,” katanya.
Bagaimanapun Achey memohon maaf jika pandangannya menyinggung orang lain selain meninggalkan nasihat agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai ikutan.
“Pandangan je, saya salah mintak maaf ye…..Contoh dah ada, tapi yang ni jangan ikut, buat iktibar je,” katanya.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia menganggarkan kira-kira 400 individu berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, semalam.
Kumpulan itu yang memakai baju hitam, antara lain dilihat membawa bendera hitam, sepanduk menzahirkan protes dan replika jenazah.
#Achey #Perhimpunan Keluar dan Lawan #Peserta Agresif
;