Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Kau Melayu Kafir Atau Melayu Islam?”- Dikecam Tentang Adab Di Kubur, Ini Respon Que Haidar

Syafiqah Jalal 12/08/2020 | 05:25 MYT

Pelakon Que Haidar dikecam oleh seorang warga maya mengenai adabnya berswafoto di kubur bersama isteri, Linda Jasmine dan anaknya.

Netizen tersebut mendakwa Que tergolong orang yang jahil mengenai adab di kubur.

@769irfan Alhamdulillah ada yg sudi tegur sy ?????? tapikan ianya lebih indah kalau guna bahasa yg lebih baik kerana anda melayu serta beragama islam. Apa yg sy tahu kita ada bahasa yg lebih indah serta Islam pun mengajar kita berckp benda yg baik2.. apa pun Alhamdulillah ??????❤️

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Que memuat naik paparan skrin komen pengikut tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya

Pelakon tersebut turut memberi respon mengenai komen tersebut di dalam kapsyennya.

“Alhamdulillah ada yang sudi tegur saya. Tapikan lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam.

“Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang lain apabila merasakan tindakan netizen itu melampau dan tidak beradab.

Terdahulu, menerusi sebuah entri di IG, Que memuat naik fotonya bersama isteri dan anak yang sedang menziarahi kubur.

Namun Que tidak memberitahu pusara siapakah yang diziarahi.

Ziarah pusara ❤️

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 10, dan Tengku Cleopatra Haidar, 8.
Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.

#Que Haidar #Kubur #Kecam #Linda Jasmine
;