Laman Utama

“Kau Peliharalah Suamiku…”- Lisdawati Bimbang Fauzi Nawawi Sanggup Gadai Nyawa Demi Rezeki

Syafiqah Jalal
12/05/2021
07:48 MYT
Sponsor Banner
“Kau Peliharalah Suamiku…”- Lisdawati Bimbang Fauzi Nawawi Sanggup Gadai Nyawa Demi Rezeki
Pelakon Lisdawati terharu melihat pengorbanan suaminya, Fauzi Nawawi yang sanggup membahayakan diri sendiri demi mencari rezeki buat keluarga.
Dalam masa yang sama Lisdawati turut mendoakan keselamatn Fauzi yang melakonkan babak lagak ngeri dilanggar sebuah kereta.
“Ya Allah, kau pelihara suamiku ini. Sanggup menggadai nyawa untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.
Pelakon KL Menjerit itu berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik rakaman video sewaktu suamia melakukan lagak ngeri tersebut ketika menjalani sebuah penggambaran filem.
Kata Lisdawati lagi, dia bimbang akan keselamatan Fauzi kerana dia dan anak-anak terutama yang masih kecil masih bergantung dan memerlukannya untuk meneruskan hidup.
“Bila umur tidak lagi muda, semua perasaan ada. Risau sebab anak paling kecil usianya baru mencecah dua tahun 10 bulan,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan juga, Lisdawati sempat menitipkan pesanan untuk suaminya supaya menjaga diri ketika bekerja.
“Ayang (sayang) jaga diri tau. Saya sayangkan awak. Apa pun stunt (lagak ngeri) sayang masih berbisa.
Sebelum terkenal sebagai pelakon, Fauzi sememangnya merupakan seorang pelakon tambahan untuk melakukan adegan melibatkan aksi lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan telemovie bermula pada 1998.
Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar