Laman Utama

"Kau Telah Buat Seorang Bapa Menangis Kerana Perempuan" - Netizen Doa Kifarah Buat Syamsul Yusof

Shahrin Zulkifle
09/01/2023
10:00 MYT
Sponsor Banner
"Kau Telah Buat Seorang Bapa Menangis Kerana Perempuan" - Netizen Doa Kifarah Buat Syamsul Yusof

Sehingga hari ini ramai yang masih ‘panas hati’ dengan pendedahan pengarah Syamsul Yusof yang memaklumkan sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada Jumaat lalu.

Terbaharu, orang ramai bertambah berang dengan sikap pengarah tersebut apabila dia telah membuat ayahnya yang juga seorang penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengalirkan airmata kerana mengenang nasib rumah tangga Syamsul bersama menantunya, Puteri Sarah.

BACA: Air Mata Yusof Haslam Jatuh Kenang Nasib Rumah Tangga Syamsul & Puteri Sarah; “Bohonglah Kalau Tak Kecewa…”

Menerusi tinjauan Gempak ke laman sosial, rata-rata wargamaya turut merasa sebak dan simpati melihat perkongsian Yusof Haslam.

Malah, segelintir wargamaya turut kecewa dengan pengarah filem Munafik itu apabila membuat ayahnya menangis.

“Syamsul, kau telah membuat seorang ayah menangis hanya kerana seorang perempuan, adakah perempuan itu yang terbaik sehingga kau sanggup mengenepikan ibu dan ayahmu?

“Awak benar-bebar melukakan hati ibu, bapa, isteri dan anak-anak .Awak silap langkah. Saya dapat rasakan betapa hancur dan sedih sangat melihat rintihan mereka.

“Sedihnya lihat air mata seorang bapa menitis disebabkan kecewa dengan perbuatan anak yang dia sangat sayangi.

“Sedih tengok Datuk Yusof menangis kerana kecewa dengan tindakan anaknya. Puas hati kau Syamsul, tergamak lukakan hati ibu bapa, tunggu kifarahnya,” antara luah wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar