Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Kau Tendang Kepala Anak Aku, Kau Ingat Bola Ke?" - Isma Bengang Kepala Anak Kena Terajang Ketika Taekwondo

Amri Hassan 10/04/2019 | 02:48 MYT
Penyanyi Isma meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang remaja yang menendang kepala anaknya bertubi-tubi dalam satu perlawanan seni mempertahankan diri taekwondo baru-baru ini.
Selain geram, Isma secara sinisnya ingin berkenalan dengan individu terbabit.
"Kau tendang tu kepala anak aku, kau bagi masa dia jalan keluar tak melawan... belakang kepala kau bagi.
"Kau ingat kepala anak aku bola ke?
"Rasa nak berkenalanlah dengan yang rembat kepala anak aku dari belakang ni," tulis Isma menerusi akaun Twitternya pagi tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, anak lelaki Isma, Haiqal Aydiel berkongsi sepotong video menerusi akaun Twitternya aksi perlawanan tersebut yang berlangsung di universiti awam di Shah Alam.
"Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni.
"Katanya yang boleh rembat anak aku, aku ja," tulis Haiqal dalam status berkenaan sambil tertawa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kemaskini terbaharu di Instagram Stories, Haiqal difahamkan telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan universiti terbabit.
#Anak #Isma AF #Taekwondo
;