Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kawan Rapat Tipu RM70,000 Ditahan, Andi Komen - “Duit Boleh Cari Tapi…”

Mya Amri 22/09/2021 | 03:28 MYT

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee memaklumkan seorang individu yang dilabel sebagai ‘kawan rapat’ yang didakwa menipu duitnya telah ditahan reman.

Bagaimanpun individu tersebut telah dibebaskan minggu lalu.

Menurut Andi, individu itu telah direman selama tiga hari dan akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan berkenaan dengan wang itu pula saya anggap sudah bukan rezeki saya.

“Sebenarnya duit itu sebenarnya adalah hasil titik peluh saya bekerja dan merupakan duit bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang.

“Untuk saya sendiri duit itu boleh dicari, tapi saya bersyukur apabila benda ini berlaku pada saya dan kejadiannya pula awal.

“Sekurang-kurangnya saya alert dan nampak perkara ini lebih awal sebelum menerima tawaran lain yang lebih besar,” jelasnya.

Andi berkara demikian sewaktu sesi sidang media secara virtual drama Perisik Cinta Tak Diundang yang berlangsung semalam.

Tambah Andi lagi, dia mengambil perkara ini sebagai iktibar dalam kehidupan kerana terlalu cepat mempercayai orang lain.

“Saya cepat sangat percayakan orang. Cara saya kenal dia pun berdasarkan rasa simpati sebab dia anak yatim.

“Mungkin disebabkan saya cepat rasa simpati membuatkan dia mengambil kesempatan terhadap diri saya,” katanya.

Sebelum ini, Andi membuat laporan polis terhadap seorang individu yang juga ‘kawan rapatnya’ kerana didakwa pecah amanah membabitkan wang bernilai RM70,000.

Andi mula mengenali individu tersebut pada tahun 2019 dan kemudian dia menguruskan segala urusan mengenai perjalanan seninya.

#Andi Bernadee #Kawan Baik #Ditahan Reman #Ditipu Kawan Baik
;