Hiburan
Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!
Aktor popular Hollywood Leonardo DiCaprio mendermakan wang berjumlah AS$5juta (RM21 juta) kepada Amazon Forest Fund.
DiCaprio menerusi badan kebajikannya, Earth Alliance mengumumkan sumbangan itu untuk memelihara dan memulihara hutan Amazon yang terbakar minggu lalu.
Menerusi akaun Instagram miliknya, DiCaprio turut memuat naik sekeping foto kebakaran hutan yang meruntun hati.
“Sungguh menakutkan untuk memikirkan Amazon adalah hutan hujan terbesar planet ini, yang memberikan 20 peratus oksigen di bumi.
“Pada dasarnya inilah paru-paru dunia, telah terbakar dan masih terbakar dalam masa 16 hari tanpa ada sebarang liputan media. Kenapa?" ujarnya sebagai kapsyen.
DiCaprio sebelum ini cukup terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar.
Terdahulu, DiCaprio sering menggunakan Instagramnya untuk menyuarakan keprihatinan terhadap sebarang isu berkaitan alam sekitar.
Selain DiCaprio, Ariana Grande, Kendal Jenner, Demi Lavato dan Jaden Smith turut memuat naik foto keprihatinan mereka.
Kebakaran Hutan Amazon bermula pada 16 Ogos lalu ekoran daripada musim kemarau.
Bahagian utara Brazil iaitu Roraima, Amazonas, Rondonia dan Mato Grosso do Sol paling terjejas.