Hollywood

Kebakaran LA: Britney Spears Pandu 4 Jam Ke Hotel, 2 Hari Tak Dapat Cas Telefon

Maliah Surip
13/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Kebakaran LA: Britney Spears Pandu 4 Jam Ke Hotel, 2 Hari Tak Dapat Cas Telefon
Britney Spears menjadi salah seorang mangsa yang terbabit dengan kebakaran di kejiranan mewah di Los Angeles yang diibaratkan seperti ‘neraka’ saat ini.
Berkongsi mengenai perkembangan dirinya yang berjaya menyelamatkan diri dan diminta berpindah oleh pihak bomba sebaik kebakaran terjadi, Spears berharap semua mangsa tabah dan mengharungi ujian dengan baik.
“Saya telah diarah berpindah dan memandu selama empat jam untuk ke hotel. Saya percaya sekarang ini ramai yang terputus hubungan kerana masalah bekalan elektrik dan tidak dapat mengecas telefon bimbit.
“Saya juga sama. Saya tidak dapat mengecas telefon bimbit selama dua hari kerana tiada elektrik.
“Dan saya baru mendapat telefon semula. Saya berdoa untuk anda (mangsa) semua,” tulisnya di Instagram seperti dilaporkan People.
Seperti diketahui selain Spears, rakan artis lain yang kehilangan rumah kerana musnah dijilat api adalah Mandy Moore.
Mangsa kebakaran juga meningkat kepada 16 orang dengan kira-kira 15,782 hektar dan lebih 12,000 struktur musnah dalam bencana terburuk di LA itu, lapor United Press International (UPI).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024