Laman Utama

“Kebanggaan Rasulullah Atas Setiap Anak Itu Ialah…”- Ustaz Ahmad Dasuki Respon Isu Dr Amalina Pilih Kerakyatan British Untuk Anak

Syafiqah Jalal
13/09/2022
07:47 MYT
Sponsor Banner
“Kebanggaan Rasulullah Atas Setiap Anak Itu Ialah…”- Ustaz Ahmad Dasuki Respon Isu Dr Amalina Pilih Kerakyatan British Untuk Anak
Pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dasuki tampil memberi respon terhadap isu pakar bedah kelahiran Malaysia yang popular, Dr Nur Amalina Che Bakri yang didakwa memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Ustaz Ahmad Dasuki menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya mengulas mengenai isu itu selepas berkongsi satu petikan dari sebuah portal.
Dalam artikel itu menjelaskan mengapa dia memlilih kerakyatan British untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Ahmad Dasuki memberitahu sepatutnya ibu bapa tidak berbangga dengan kerakyatan luar negara atau pun tidak kerana yang penting bagaimana anak itu ‘dicorak’.
“Bukan kebanggaan anak ini atas kerakyatan, tapi kebanggan Rasulullah atas setiap anak itu ialah keimanan dan ketaatan kepada Allah.
“Setiap anak itu lahir dalam keaadaan fitrah, maka ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi Yahudi atau kristian atau majusi anak itu.. Ibu dan ayah pun mestilah solehah,” tulisnya.
Susulan menyedari kenyataannya mahu anak mendapat kerakyatan British dipandang serong, Dr Amalina tampil membuat penjelasan dalam IG, baru-baru ini.
Dr Amalina berkata, dia bukan tidak menyukai anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, sebaliknya ada beberapa kekangan menghalangnya untuk bersalin di Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar