Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kebetulan Ada Urusan Kerja Di Kuala Lumpur, Saya Singgah...Rumah Mak Mentua Pun Di Kawasan Sama...” - UAI

Fiza Kamarudin 03/05/2021 | 10:20 MYT

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menafikan dakwaan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan sengaja merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis tahnik anak lelaki Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, minggu lalu.

UAI berkata, beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja pada 25 dan 26 April di Setapak dan Cyberjaya.

“Saya berkawan dengan Datuk K sudah tiga tahun. Dia tahu saya berada di Kuala Lumpur dan menghubungi saya untuk hadir ke kediamannya jika saya berkesempatan.

“Rumah ibu mentua saya dan Datuk K dekat dan sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam masa saya sakit dulu.

“Saya tiba di sana selepas selesai solat tarawih.Bila saya sampai, majlis belum selesai. Saya bukan undangan istimewa seperti yang didakwa,” jelasnya.

Tambah UAI lagi, undangan diterima kerana persahabatannya dengan Khalid bukan kerana Siti Nurhaliza.

“Kami berkawan dari 2018, saya berkawan dengan Datuk K, bukan Siti. Apa kena mengena nak berkawan dengan Siti pula?.

“Bukannya saya nak pergi sangat, tapi sebab ‘member’. Lagi pun salah ke kalau kita berdoa untuk anak sahabar kita?,” katanya menepis dakwaan warganet kononnya dia sanggup merentas negeri semata-mata untuk memenuhi undangan Siti yang merupakan artis popular tanah air.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu tular di media sosial apabila majlis tahnik Muhammad Afwa, anak lelaki penyanyi nombor satu negara yang diadakan pada 26 April didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.

Dakwaan tersebut timbul apabila Khalid dan Siti mengundang UAI sebagai tetamu.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ustaz Don Daniyal.

#Anak #Azhar #Tahnik #“Langgar #SOP” #“Majlis #Negeri” #“Rentas #“Uztaz #CTDK” #Idrus”
;