Laman Utama

Kecewa OKU Dipersenda, Ras Adiba Radzi Minta Kak Long Dikenakan Tindakan Undang-Undang Selain…

Syafiqah Jalal
18/03/2022
02:42 MYT
Sponsor Banner
Kecewa OKU Dipersenda, Ras Adiba Radzi Minta Kak Long Dikenakan Tindakan Undang-Undang Selain…
Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan orang kurang upaya (OKU), Datuk Ras Adiba Radzi kecewa apabila wanita yang tular dikenali sebagai 'Kak Long' mempersendakan golongan itundalam sebuah video tular baru-baru ini.
Justerus, Ras Adiba Radzi berkata wanita itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepadanya dan orang lain.
“Berlakon seperti OKU bukan modal untuk ‘content’ dan menjadi terkenal di media sosial.
"Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari (nanti) semua akan menjadi OKU.
"Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebelakangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU kerap berlaku. Penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang rapuh dan lemah menyebabkan ramai terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU," tegasnya.
Ras Adiba berkongsi kenyataan media itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam..
Selain itu, Ras Adiba berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu menyegerakan pindaan akta itu dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan golongan terbabit melalui penguatkuasaan undang-undang.
Beliau yang juga Presiden OKU Sentral menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.
Ini kerana, beliau berkata, perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
"Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.
"Kita perlu pastikan bahawa (golongan OKU) bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kami mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar