Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

Mya Amri 30/07/2024 | 15:35 MYT

Pempengaruh, Andika Putera akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha.

Mohon maaf isu rumah tangga

Andika menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TilTok dan Instagram miliknya berkata dia juga memohon maaf sekiranya perkara yang berlaku itu telah menimbulkan perspektif negatif orang ramai.

“Saya mengambil ruang ini yang dinasihatkan oleh peguam saya yang di mana dengan isu semasa melibatkan perihal diri saya, bekas isteri saya tentang segala perkara yang telah berlaku yang membina perspektif perspektif negatif yang telah diada-adakan.

“Oleh itu saya ingin memohon maaf atas segala khilaf saya, atas segala isu keluarga saya yang telah disensasikan oleh semua orang.

“Saya juga ingin memohon maaf secara ikhlasnya di mana saya sebagai seorang mentor dan public figure di media sosial yang menjadi tatapan semua orang.

“Kalau yang umum saya perlu aware dengan apa sahaja step saya, apa sahaja yang perlu saya tampilkan, saya perlu berhati-hati selepas ini kerana itu juga telah membina perspektif yang negatif,” jelasnya.

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Beri Komen Balas Dengan Slideshow, Dakwa Andika Tipu Mahkamah - “Bukan Main Kau Suruh Aku Cakap Dekat Hakim Cerai Satu Kali Je”

BERITA TRENDING:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

BERITA TRENDING:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Mahu penyelesaian harmoni, serah pada mahkamah

Dalam pada itu, Andika juga memaklumkan dia mahu mencari jalan penyelesaian secara harmoni dan dan melantik peguam untuk menguruskan hal tersebut.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf seikhlas hati saya. Saya harap semua orang boleh terima permohonan maaf saya ini.

“Jadi konklusinya dalam video ini, saya mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian harmoni. Oleh itu saya mengambil inisiatif yang saya akan serahkan kepada peguam saya untuk pencapai jalan solusi yang betul.

“Saya harap semua orang boleh terima penjelasan ini dan saya ingin memohon maaf sekali lagi. Insya-Allah kita serahkan segalanya kepada pihak mahkamah yang mulia,” ujarnya.

Berikut merupakan kenyataan penuh Andika:

A post shared by MENTOR•TRENDING STRATEGIST (@andikaputeraa)

Terdahulu, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.

Bagaimanapun Andika kemudiaanya tampil

mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan dirinya curang adalah tidak benar.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

#Viral #Kontroversi #cerai #Mohon Maaf #Mahkamah #Tular #Rumah tangga #Andika Putera #Ananda Natasha
;