Hiburan
Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."
Penyanyi dan penyampai radio, ZAYAN, Mawi menjelaskan mengenai penglibatannya di acara sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
Perjelas kehadiran di pentas Maal Hijrah
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 42, kehadirannya pada acara tersebut hanyalah untuk mengadakan persembahan sahaja.
“Mengenai persembahan di pentas Maal Hijrah itu, saya dijemput untuk menyanyi, jadi itu sahaja yang saya tahu,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Kata Mawi lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang penyanyi dan menyampaikan dua buah lagu.
“Mereka jemput saya dan Syahir untuk menyanyi. Kami menyampaikan dua buah lagu iaitu Hamba Mu dan Satu Muharam.
“Itu sahaja yang saya tahu. Jadi saya hanya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mengikut kehendak mereka, itu sahaja,” jelasnya.
BERITA TRENDING: Netizen Persoal Aneh Bawa Optimus Prime & Bumble Bee Atas Pentas, JAKIM Tampil Beri Penjelasan Konsep Persembahan Khas Sambutan Maal Hijrah
BERITA TRENDING: "Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'
BERITA TRENDING: Mawi Kongsi Momen Ketika Menjadi Fenomena Satu Malaysia - “Ada 40 Orang Bodyguard..”
BERITA TRENDING: "Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberikan penjelasan susulan isu konsep persembahan khas sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
Konsep persembahan yang menampilkan dua buah robot menyerupai karakter terkenal iaitu Bumblebee dan Optimus Prime itu ternyata teruk dikriktik selain menjadi tanda tanya netizen mengenai pemilihan konsep untuk sambutan Maal Hijrah itu sendiri.