Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kecoh Self Reward Tiket First Class Ke Dubai, Tasnim Shah; "Saya Tak Nak Panjangkan Isu Ini"

Amri Hassan 04/04/2022 | 08:29 MYT

Pempengaruh Tasnim Shah enggan memanjangkan isu yang sedang heboh diperkatakan netizen di media sosial Twitter sejak Ahad.

Hal itu susulan daripada perkongsian fotonya ke Dubai menaiki penerbangan kelas pertama sebagai self reward hasil kerja keras dan keputusan peperiksaannya yang cemerlang baru-baru ini.
"Mohon maaf, saya memutuskan untuk memfokuskan kepada ibadah sempena kedatangan bulan Ramadan ini. Selepas berbincang dengan keluarga, saya tidak mahu memanjangkan isu ini.
"Nasihat saya kepada netizen, marilah kita sama-sama fokus pada hal-hal kebaikan pada bulan yang penuh keberkatan ini," katanya kepada Gempak.
Menerusi perkongsian di Instagram, Tasnim memuat naik koleksi fotonya menaiki penerbangan kelas pertama selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam jurusan perundangan tiga minggu lalu.
"2021 adalah tahun mencabar buat saya sebagai pelajar perundangan. Masih saya ingat saya bertanyakan diri sendiri adakah patut saya teruskan dengan bidang ini sejak semester pertama dan akhirnya saya kekal sampai tahun kelima.
"Saya mula bekerja keras selepas SPM sehingga sekarang kerana saya mahu berdikari (secara kewangan) dan mahu membayar perbelanjaan saya sendiri," tulisnya di Instagram.
Perkongsian Tasnim itu ditularkan di Twitter hingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang membuat spekulasi membongkar harga tiket penerbangan kelas pertama serta subsidi pendidikan di universiti awam Malaysia.
Namun, ada segelintir netizen yang menyokong tindakan Tasnim membelanjakan wang hasil kerja kerasnya untuk diri sendiri.

#Viral #UiTM #Dubai #Self Reward #Law #Tasnim Shah
;