Laman Utama
Kecoh Syamsul Yusof Nak Kahwin Lagi, Puteri Sarah Pula Sibuk Uruskan Anak-Anak Sakit Masuk Hospital, Netizen - “Moga Tabah”
Dari semalam kecoh berterbangan tentang khabar angin kononnya pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.
Kontroversi berkenaan tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.
Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kenyataan dari mulut Syamsul sendiri mengenai desas-desus itu.
Malah Syamsul juga dilaporkan tidak menghadiri majlis pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, semalam.
Gempak meninjau laman sosial akaun Instagram isterinya, Puteri Sarah Liyana dan didapati pelakon itu sedang sibuk menguruskan kedua-dua anaknya yang jatuh sakit serta dimasukkan ke hospital.
Anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2, dilaporkan demam panas sejak lima hari lalu sebelum dimasukkan ke hospital.
Dilihat Puteri Sarah yang sedang sibuk menjalani penggambaran terpaksa berkejar lari dari set penggambaran untuk menguruskan anak-anaknya sebelum kembali semua ke set.
Ia mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati melihat keadaan Puteri Sarah yang terpaksa bersusah payah menguruskan anak-anak mereka seorang diri.
Rata-rata mendoakan urusannya dipermudahkan serta tabah menghadapi ujian.
“Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, dia masih mampu berikan yang terbaik,” komen salah seorang pengikutnya.
“Semoga kuat hadapi dugaan ya,” pintan salah seorang netizen.
Tidak kurang juga yang berang dengan Syamsul dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.
“Bapanya patut bawa anaknya ke hospital,” tanya salah seorang warga maya.
“Semoga perampas meninggal dengan cepat,” marah salah seorang warga net.
Sementara itu, menerusi IG Live Puteri Sarah sebelum ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya bakal berkahwin lagi.
"Saya tak tahu dan saya pun baru tahu... Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain. Saya nak fokuskan pada kerja dan shooting saya ketika ini. Apa nak jadi, jadilah... Allah sentiasa ada, korang (peminat) pun ada dengan saya.
"Syaikhul pun tengah tak sihat. Dia dah tiga hari demam, pagi tadi masa dia bangun tidur, bibir dia berdarah teruk sebab dia tidur bernafas ikut mulut, bibir dia kering sangat dan mata dia bengkak. Saya dah takut dan terus bawa ke hospital!
"Ini kali kedua dia sakit sampai masuk wad, kali pertama dulu ketika dia berusia 8 bulan. Ketika itu dia kena pneumonia. Dia dah lama tak sakit, ini tiba-tiba dia sakit balik," ujarnya.
Rumah tangga Syamsul dan Sarah bergolak selepas mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan terbaharu pendedahan orang ketiga.
Sekadar info Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.