Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kecut Perut! Hanis Zalikha & Hairul Azreen Buat Aktiviti Terjun Bungy Di NZ - “Ni Baru Betul You Jump I Jump”

Azwa Rahman 16/08/2022 | 18:03 MYT

Selebriti Hanis Zalikha mempamerkan sisi lasaknya dengan melakukan aktiviti terjunan bungee bersama suami aktor Hairul Azreen ketika bercuti di New Zealand.

Menerusi laman sosial Instagram, Hanis atau nama lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 30, memuat naik foto sewaktu terjunan tersebut dilakukan untuk tatapan umum.
“Detik yang saya akan ingat sampai bila-bila. Saya cinta awak. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu menunjukkan Hanis memeluk erat Hairul sambil menjerit sebelum melakukan terjunan yang terus menjumam ke sebatang sungai yang jernih.
Aksi lasak tersebut berjaya dilakukan dengan sempurna dan pasangan sejoli itu kembali dengan menaiki bot.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Sementara itu di ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan wargamaya.
Rata-ratanya memuji sifat berani dan ‘sporting’ Hanis untuk melakukan aktiviti lasak tersebut bersama suami tercinta.
“I yang kecut perut tengok,” komen Sherry Alhadad.
“Ni baru betul you jump i jump,” usik seorang wargamaya.
“Wahh sangat berani. Saya mampu tengok je masa pergi New Zealand,” kata seorang wargamaya.
“Masyallah, beraninya! Terbaiklah, gugur jantung sis,” ujar seorang wargamaya.
“Eee bestnya! Ni wish list sangat ni,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada pengikutnya.
Awal minggu lalu, pasangan tersebut mengejutkan wargamaya apabila berkongsi percutian mewah keluarganya dengan menaiki helikopter ketika mengelilingi sebuah kawasan pergunungan bersalji.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.

#Hairul Azreen honeymoon #Hairul Hanis New Zealand #Hanis Zalikha bungy jumping
;