Laman Utama
Keguguran Anak Pertama, Via Vallen: “Selamat Bersenang Di Syurga”
Penyanyi dangdut Via Vallen akhirnya terpaksa menerima hakikat janin pertama yang dikandungnya telah meninggal dunia.
Sebelum ini, Via Vallen memaklumkan jantung calon cahaya mata sulungnya berhenti berdetak pada usia lapan minggu. Ironi, sewaktu pemeriksaan doktor, sepatutnya janin yang dikandung sudah membesar dan berusia 12 minggu.
Beberapa hari selepas memberi khabar tersebut, isteri Chevra Yolandi itu sekali lagi menyampaikan berita sedih.
Melalui kemas kini di Instagram, dia memaklumkan telah keguguran.
Dalam keterangan yang ditulis, Via Vallen juga mendoakan agar sang anak bahagia di syurga.
“Dear anakku yang sudah di syurganya Allah. Selamat bersenang-senang di sana ya nak.
“Di sini ami alhamdulillah sudah siap dan kuat dijaga dengan sangat baik oleh abimu,” tulis Via Vallen pada foto yang memperlihatkan diri sedang terbaring di katil rumah sakit sambil ditemani suaminya.
Bersama pengumuman duka itu, Via Vallen dan suami dibanjiri ucapan takziah dan tak kurang juga yang memberikan kata kata semangat buat pasangan selebriti itu.
Via Vallen dan Chevra yang menikah pada Jun 2022 lalu pernah menyampaikan hasrat untuk memiliki sehingga tujuh orang anak.