Hiburan

Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

Asyraf Roslan
17/10/2024
01:30 MYT
Sponsor Banner
Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne
Peminat One Direction dikejutkan dengan berita kematian salah seorang bekas ahlinya, Liam Payne pada Khamis.
Payne dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotel yang didiaminya di Buenos Aires, Argentina.
Beberapa hari sebelum kematiannya, Payne dikhabarkan sedang bercuti dan menghabiskan masanya bersama teman wanitanya,Kate Cassidy.
Gempak kongsikan kepada anda beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai Liam Payne.

1. Kehidupan Liam Payne.

Liam Payne atau nama sebenarnya,Liam James Payne telah dilahirkan pada 29 Ogos 1993 di Wolverhampton, England.
Payne adalah anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai dua orang kakak, iaitu Nicola Payne dan Ruth Payne, menjadikannya anak ketiga dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

2. Rancangan Realiti & One Direction

Payne mula dikenali ramai selepas menyertai program pencarian bakat The X Factor pada tahun 2010.
Dalam program yang sama, Paybe telah bergabung bersama Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik untuk membentuk kumpulan One Direcrtion.
One Direction telah mencapai kejayaan besar dengan beberapa album yang laris dijual dan juga mempunyai beberapa persembahan jelajah global.

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

3. Karier Solo

Karier solo Payne bermula selepas kumpulan itu mengambil keputusan untuk dibubarkan pada tahun 2016 dan mempunyai lagu hit iaitu Strip That Down yang berjaya mengungguli carta muzik antarabangsa.
Payne juga pernah melancarkan EP iaitu First Time pada 2018 dan album solo LP1 pada 2019

4. Teman Wanita & Anak

Liam Payne pernah mempunyai seorang anak yang diberi nama Bear Grey Payne.
Ia merupakan hasil hubungan bersama Cheryl Cole. Namun selepas dua tahun menyulam cinta mereka berpisah secara baik pada 2018 tetapi tetap mempunyai hubungan yang baik bagi membesarkan anak mereka bersama.
Pelantun lagu For You ini juga pernah bertunang seorang model iaitu Maya Henry pada tahun 2020.
Namun pada pertengahan 2022, pasangan ini secara rasmi berpisah kerana mempunyai beberapa isu dalam hubungan mereka.
Dan kini Payne dikatakan menjalin cinta bersama Kate Cassidy.

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

5. Kesihatan Mental

Di luar bidang muzik, Payne yang juga aktif dalam pembikinan lagu sering terlibat dalam kerja amal dan berbicara mengenai isu kesihatan mental serta berkongsi pengalaman peribadi mengenai tekanan yang dihadapinya sebagai selebriti.
Kehilangan Payne merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik dan peminatnya di seluruh dunia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar