Laman Utama
Kejut-Kejut Tak Bangun, Pelakon Thailand Beam Papangkorn Meninggal Dunia Pada Usia 25 Tahun
Industri hiburan Thailand sekali lagi berduka apabila pelakon lelaki Beam Papangkorn Lerkchaleampote yang baru berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia pada Rabu.
Memetik laporan media tempatan, pelakon itu dipercayai ditemui di dalam bilik tidurnya oleh keluarganya yang cuba mengejutkannya untuk bangun namun malangnya tiada respon.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan namun gagal diselamatkan.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian Papangkorn masih belum didedahkan kepada publik.
Instagram Beam mula dibanjiri dengan ucapan takziah daripada peminat dan rakan selebriti antaranya Punpun Sutatta, Mook Worranit dan Krist Perawat.
Kali terakhir Beam mengemaskini akaun Instagramnya sekitar tiga hari lalu.
Beam mula dikenali sejak membintangi filem Water Boyy pada tahun 2015.
Selain itu, Beam pernah berlakon dalam siri televisyen Project S: SPIKE pada 2017 dan Blacklist pada 2018.
Kali terakhir kemunculannya menerusi The Stranded pada 2019 yang ditayangkan di Netflix.