Hiburan

Kekal Aktif & Cantik Pada Usia 52 Tahun, Rahsia Syafinaz Selamat Untuk Tampak Menawan - “Kalau Rasa Nak Jadi Muda, Kita Kena…”

Asyraf Roslan
27/01/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kekal Aktif & Cantik Pada Usia 52 Tahun, Rahsia Syafinaz Selamat Untuk Tampak Menawan - “Kalau Rasa Nak Jadi Muda, Kita Kena…”
Jika melihat raut wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat pasti ramai yang terpegun.
Mana tidaknya, dengan tubuh badan yang sihat dan wajah yang begitu cantik dia kelihatan seperti tidak pernah dimamah usia meskipun sudah mencecah 52 tahun.
Jelas Syafinaz, untuk kelihatan muda seperti itu, dia sentiasa melakukan rutin penjagaan diri dan kesihatan mentalnya.
“Saya tiada apa-apa tip, tapi penjagaan diri dan mental itu penting.
“Selalu mempositifkan diri itu penting, kalau anda lihat komen yang saya berikan pun sentiasa positif dan memberikan input kepada peserta serta menaikkan semangat mereka, lebih lebih lagi saya pula sebagai seorang pendidik.
“Saya rasa kalau kita nak jadi muda, hati dan minda kita kena sentiasa muda,” katanya.
Pada masa sama, juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11) ini juga menyatakan dia makan sama seperti orang lain cuma mengikut diet yang diberikan kepadanya.
Bagi pelantun lagu Ingin Bersamamu itu, untuk menjadi kurus dan cantik itu adalah perkara kedua yang penting adalah kesihatan tubuh badan.
“Saya makan macam biasa, nasi putih dan lauk macam orang lain cuma sekarang ini saya boost up kan saya punya pengambilan protien, sebab saya ada diet yang personal trainer saya bagi.
“Saya juga pergi training dan angkat berat, kerana pada usia begini kekuatan itu penting kerana orang selalu fikir nak kurus, cantik nak muda tapi untuk saya benda itu perkara kedua yang penting adalah kesihatan saya.
“Bila kita dah berusia ini, kita kena ada muscle jadi bila saya dah ada muscle yang cukup dengan keperluan diri, saya boleh teruskan kehidupan supaya tidaklah nak mintak tolong orang angkat bag dan sebagainya,” tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024