Hiburan

Kelantan Jadi Negeri Pertama Anjur Pertandingan Menangis, Juara Bawa Pulang RM500

Umirah Halim
05/02/2025
01:22 MYT
Sponsor Banner
Kelantan Jadi  Negeri Pertama Anjur Pertandingan Menangis, Juara Bawa Pulang RM500
Pelik tapi benar, tular baru-baru ini tentang pertandingan menangis yang diadakan di negeri Kelantan.
Menerusi muat naik di TikTok, dapat dilihat peserta-peserta yang memasuki pertandingan tersebut mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkan air mata.
Difahamkan juga, pertandingan yang dibawakan oleh The Kelantan Expo itu menghadiahkan wang tunai sebanyak RM500 kepada individu yang bergelar juara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat mimik muka dan reaksi yang ditunjukkan oleh para peserta.
@expo.kelantan.event
Terbaik semuanya‼️Pertandingan menangis‼️
♬ original sound - EXPO.KELANTAN.EVENT
“Ini orang kata air mata mahal,”
“Aku tak boleh masuk, auto tergelak,”
“Hahaha kenapa lah saya tak tahu, saya profesional bab menangis ni.”
Tidak terhenti di situ, ada juga yang menzahirkan rasa pelik melihat acara berkenaan yang buat julung kalinya diadakan di negara ini.
“Apa benda lah pelik-pelik.
“Ingat Konoha je macam ni.
“Ada eh pertandingan macam ni," komen beberapa netizen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024