Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#Keliwon: Suara Mengilai, Lembaga Putih, Dihempap, Misteri Makcik Jual Kuih - Ini Koleksi Kisah Misteri Di Sebuah Universiti Awam Di Malaysia

Azwa Rahman 16/09/2021 | 12:45 MYT
Kisah seram yang menimpa penuntut universiti antara yang paling popular dan kerap diceritakan.
Pelbagai gangguan yang dialami ini termasuklah di asrama penginapan, dewan kuliah mahupun di laluan-laluan jalan raya yang sunyi.
Bagi mereka yang terpaksa menetap di asrama penginapan sewaktu cuti panjang, memang berani berdepan suasana yang sunyi dan tidak ramai orang.
Tidak kurang juga mereka yang suk berjaga di tengah malam bagi mengulang kaji pelajaran.
Menerusi laman sosial Facebook, ramai pelajar dan bekas penuntut berkongsi kisah mistik masing-masing sewaktu belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi awam di utara tanah air.
Pastinya mereka yang pernah berdepan dengan makhluk halus ini tidak dapat melupakan pengalaman ini sampai bila-bila. Mereka yang tak pernah jumpa, boleh menarik nafas lega!
Sama ada kisah mereka benar ataupun hanya rekaan, Gempak Keliwon senaraikan lapan kisah seram di universiti tersebut yang pasti buatkan malam Jumaat anda meremang.
Masa nak exam, senior datang bilik teman tido sebab roomate takde. Then, masa kitorang tengah study, bunyi menangis tdi engah court blok B. Lepas tu sempat jugak saya tinjau, tengok takde pon orang. Cepat-cepat pegi tidur,” komen seorang wargamaya
Pernah sekali je time last semester. Baru nak tidur dia ganggu dok terbang-terbang. Tapi tak layan pun. Cuma cakap 'jangan sibuklah' pastu kalih tempat tidur dan benda tu hilang. Saya ada sorang kawan dia boleh nampak makhluk ni. So saya selalu mintak dia cerita. Pastu dia akan bagitau kat mana tempat makhluk ni selalu duduk, blok mana ada,” ujar seorang wargamaya.
Saya jual nasik lemak bilik ke bilik kat asrama. Naik sampai tingkat atas sebab dengar suara orang. Ketuk pintu semua tutup. Tiba-tiba baru teringat depa cuti semua, asrama kosong, turun bawah slow-slow, sampai bawah boh gear 1, 160 lari,” kata seorang wargamaya.
Masa tu tengah sembang berdua dengan kawan bilik sebelah. Tiba-tiba nampak bola-bola api di court bola tampar antara blok D dan blok E. Kawan pi tegur, sesudahnya dia demam seminggu,” cerita seorang wargamaya.
Makcik jual kuih daripada luar tingkap aras 2 masa study kat pantry. Tak sedar pun awalnya, sedar-sedar terus masuk bilik selubung,” tulis seorang wargamaya.
“So far tak de la sampai jumpa kelibat atau suara ngilai. Tapi bila tidur keadaan yang letih, tengah separa sedar boleh nampak lagi ruang bilik bagai. Rasa macam kena hempap, tak boleh gerak dan mulut tak boleh cakap. Tips nya cuba sedaya gerakkan jugak apa-apa anggota badan walaupun jari dah cukup untuk lepaskan diri. Kita baca ayat apa pun dalam hati tak dia lepaskan,” tulis seorang wargamaya.
“Ku setiap kali waktu dekat nak maghrib kena kacau dengan lembaga putih. Tiba-tiba datang ketuk pintu. Ku tak berani bukak, senyap je sebab roomate sume takde waktu tu. Masuk je bunyi azan tiba-tiba senyap takde bunyi ketukan pintu dah. Ku bukak pelan-pelan pintu then nampak kelibat lembaga menuju ke surau,” komen seorang wargamaya.
Kat universiti tak pernah jumpa. Tapi bila kerja, jumpa yang kat tempat kerja. Bangunan berusia 128 tahun,” ujar seorang wargamaya lagi.
#Pelajar universiti #Gempak Keliwon #Kisah seram universiti
;