Laman Utama

Keluar Dating Bersama? Netizen Speku Janna Nick & Nazim Othman Sedang Mengenali Hati Budi

Shahrin Zulkifle
04/03/2023
10:00 MYT
Sponsor Banner
Keluar Dating Bersama? Netizen Speku Janna Nick & Nazim Othman Sedang Mengenali Hati Budi

Perkongsian terbaharu di laman Instagram milik pelakon dan penyanyi Janna Nick telah mengundang perhatian ramai selepas memuat naik gambar bersama aktor kacak, Nazim Othman.

Sempat meluangkan masa bersama, Janna berkata dirinya merasa selasa dan tidak bosan ketika berborak selama berjam-jam bersama aktor itu.

“Jom jadi pelik bersama-sama. Kadang kala kita menjumpai seseorang hanya just click sahaja.

“Kemudian awak akan rasa selesa dan tak perlu menjadi sesiapa atau menjadi sesuatu.

“Kami berborak berjam-jam dan tak rasa bosan langsung, thank you for time Nazim Othman,” tulisnya pada kapsyen.

Seperti dijangka, ruangan komen perkongsian tersebut bakal dihujani dengan pelbagai reaksi yang ditinggalkan wargamaya.

Malah ada yang membuat spekulasi dengan mengatakan mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing selain bersetuju sekiranya Janna dan Nazim bersama.

“Ok approved, moga kali ini lah. Doakan kebahagian awak di dunia dan akhirat,” kata seorang wargamaya.

“Oh bercinta dengan Nazim rupanya sekarang,” kata seorang warganet.

“Ececeh faham dah, kalau orang perempuan dah post begini,” usik seorang netizen.

Terdahulu, kisah percintaan Janna dan kekasihnya Dini Schatzman terus menjadi tanya netizen apabila ada yang mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Bagaimanapun, Dini yang ditemui Gempak baru-baru ini menjelaskan dia dan pelantun lagu Gatal itu bakal mengumumkan berita yang melibatkan peribadi mereka berdua dalam masa terdekat.

BACA: Bakal Umum ‘Big News’ Dalam Masa Terdekat, Dini Schatzmann Jawab Isu Hubungan Dengan Janna Nick

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar