Laman Utama
Kemas Kini Instagram Bersama Geng Mamayu, Peminat ‘Cari’ Cincin Lesti Kejora
Selepas mengalami kontroversi berdepan situasi dipukul oleh suaminya, Rizky Billar sehingga menjadi kes polis, Lesti Kejora ‘lama’ menyepi dari media sosial.
Namun, dia dilihat kembali aktif sekitar genap satu bulan dari kemas kini terakhirnya bertarikh 25 September 2022.
Menerusi kemas kini yang dilakukan beberapa jam lalu, penyanyi dangdut itu bukan memuat naik foto kebersamaan dengan suami atau keluarga kecil mereka bersama anak lelaki, sebaliknya, Lesti memilih mempamerkan kebahagiaan bersama teman teman dekatnya.
Teman teman dekatnya itu pun terdiri daripada rakan artis seperti Aurel Hermansyah, Dinda Hauw, Syifa Hadju, Melody Laksani, Kesha Ratuliu, Margin, Shania Indriyani.
Mereka menggelarkan diri sebagai geng Mamayu dan Lesti menuliskan kapsyen pendek berbunyi: “MasyaAllah” bersama emoji hati.
Meski ramai yang meninggalkan kata semangat buat Lesti terus kuat dalam hidup berumah tangga, apa yang menjadi perhatian netizen adalah wanita berusia 23 tahun itu dilihat tidak memakai cincin perkahwinan di jari manisnya seperti biasa.
Jari Lesti kelihatan ‘kosong’ berbanding dalam foto foto sebelumnya dengan cincin perkahwinan masih disarung manis.
Hal itu pun menjadi tanda tanya segelintir peminat yang berasa adakah Lesti sebenarnya benar benar sudah memaafkan Rizky sepenuh hati atau masih menyimpan luka mendalam selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Untuk rekod, Lesti sebelum ini menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Rizky yang didakwa memukul dan mencekik dirinya saat mereka berseteru.
Tindakan dia menarik semula laporan polis tersebut menimbulkan beragam reaksi dan kebanyakannya marah. Mereka berpendapat Lesti tidak patut menarik semula laporan polis terhadap Rizky yang telah membuatnya cedera sehingga perlu menerima rawatan dia hospital beberapa hari