Berita

Kematian Naya Rivera Dianggap Suatu Sumpahan Glee?

Syafiqah Jalal
14/07/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
Kematian Naya Rivera Dianggap Suatu Sumpahan Glee?
Sumpahan atau kebetulan? Tarikh mayat pelakon siri muzikal popular Glee, Naya Rivera dan pemergian pemegang watak utama siri tersebut Cory Monteith sama.
Menurut artikel Awani, tujuh tahun lalu, peminat Glee, dikejutkan dengan pemergian watak utama Finn Hudson yang dipegang oleh Cory Monteith pada 13 Julai 2013.
Monteith ditemui mati dalam biliknya di Fairmont Pacific Rim Hotel di Vancouver, Kanada dan menurut laporan bedah siasat, kematiannya disebabkan keracunan akibat pengambilan heroin dan alkohol.
Kemudian betul-betul pada tarikh ulang tahun ketujuh pemergian Monteith, pihak polis di Jabatan Sheriff Daerah Ventura telah menemui mayat di Tasik Piru dekat daerah Ventura, iaitu lokasi terakhir, aktres Naya Rivera dilaporkan berada bersama anak lelakinya yang berusia 4 tahun.
Penemuan mayat Rivera yang juga pemain watak Santana Lopez dalam Glee, menjadikannya bintang ketiga dari siri tersebut yang maut selepas Monteith dan seorang lagi pelakon utama, Mark Sailing, yang mati akibat bunuh diri pada tahun 2018.
Berita terbaru ini bagaikan satu kejutan buat seluruh peminat siri tersebut sehingga banyak pihak yang mula bertanya sama ada benarkah semua ini seperti suatu sumpahan?
Bercakap mengenai sumpahan, pada tahun kehilangan Monteith, Rivera turut menyampaikan lagu berjudul If I Die Young nyanyian asal The Band Perry dalam episod Glee untuk mengenang pemergian watak bawaan Monteith.
Namun lagu yang dinyanyikan oleh watak Santana itu memberikan satu makna yang lain buat peminat kerana perkara tersebut seperti sama apa yang berlaku kepadanya.
Terdahulu, misteri kehilangan Rivera dikesan selepas penemuan anak lelakinya yang berusia empat tahun didalam kapal yang disewa Rivera.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar