Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

Firdaus 26/09/2024 | 05:55 MYT

Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.

Minta Perbaiki Kelemahan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memohon agar kedua-dua belah pihak memperbaiki kelemahan masing-masing bagi menyelamatkan hubungan rumah tangga yang dibina hampir tujuh tahun lalu.

"Kita manusia tak sempurna...

“Dari pagi, sekejap-kejap nangis baca cerita korang (Fattah & Fazura). Akak sedih sangat ni.

“Janganlah, kita manusia tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan.
“Perbaikilah apa yang kurang, jangan berpisah! Jangan!” katanya.
Dalam pada itu, Abby menitipkan pesanan untuk pelakon filem Pendekar Awang dan isterinya supaya kekal cekal dalam menghadapi ujian.
“Adik-adik ku, tolong! Kalau rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit diluar sana.
“Kecil sangat ujian ni. Pertahankan!” nasihat Abby.

BERITA TRENDING: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”

BERITA TRENDING: Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

BERITA TRENDING: Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

BERITA TRENDING: “Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

#Viral #Fattah Amin #Fazura #Abby Abadi #hiburan
;