Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kemunculan Lagu Tamil Pertama Di Pentas SFMM39, Penonton Turut ‘Sing Along’ Dengan Zubir Khan

Ernalisa 15/11/2024 | 04:25 MYT

Kemunculan Zubir Khan mendapat perhatian ramai dengan tepukan gemuruh pada Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir malam, Khamis apabila penyanyi itu tampil mempersembahkan lagu popularnya, Yennode Macha.

BERITA BERKAITAN:“Saya Mahu Dia Jadi 'Tangan Kanan' Saya” - Zubir Khan Kongsi Ciri-Ciri Wanita Idaman

BERITA BERKAITAN:Tular Video Di TikTok, Zubir Khan Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin

BERITA BERKAITAN:Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

BERITA BERKAITAN:Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

Pertama kali muncul di pentas pertandingan Muzik-Muzik tidak menghalang penyanyi dari Semenyih ini untuk mengawal pentas pada malam itu dengan baik.

Anak muda berusia 24 ini juga dilihat berjaya menarik perhatian penonton untuk sama-sama bernyanyi dengannya pada malam persembahan separuh akhir itu.
Selain lagu Yennode Macha dan lagu duet Oh my Kadhale (OMK) bersama Ezra Kairo turut tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 kali ini.
Pencalonan kedua-dua lagu itu juga merupakan kali pertama lagu berbahasa Tamil tercalon ke separuh akhir dilihat memberi kelainan dan kelebihan kepada mereka berdua.
Berasal dari latar belakang Melayu-Pakistan, beliau berjaya mencipta nama dalam bidang seni meskipun berdepan pelbagai cabaran fizikal dan sosial.
Zubir Khan, seorang penyanyi muda berbakat, telah menjadi fenomena dalam industri muzik tempatan dengan lagu-lagu Tamil aslinya yang menawan hati pelbagai kaum di Malaysia.
Zubir mula menyampaikan lagu-lagu asli dalam Bahasa Tamil di platform media sosial pada tahun 2019.
Namun, kerjayanya melonjakkan naik pada tahun 2023 dengan pelancaran lagu hit “Macha Macha Nee Ennoda Macha” yang menjadi fenomena viral, mencapai 3.5 juta tontonan di YouTube dalam masa lima bulan.
Sebelum ini,penyanyi yang juga dikenali kerana tidak mempunya tangan kanan itu turut dianggap sebagai ikon perpaduan nasional kerana kemampuannya menggabungkan pelbagai budaya dalam muziknya dan menarik peminat dari pelbagai latar belakang.

#Khan #Muzik-Muzik #Sambutan #dapat #Zubir
;