Hiburan
"Kena Kacau Monyet Pun Cantik" - Netizen Puji DJ Soda Berkebaya Di Batu Caves
Deejay (DJ) Korea popular iaitu DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So-hee menarik perhatian peminat di Malaysia apabila mengunjungi lokasi pelancongan terkenal, Batu Caves.
Apa yang lebih mencuit hati adalah gelagat DJ Soda yang memberi makan kepada monyet yang berkeliaran kuil Batu Caves tersebut.
Menerusi satu posting di Instagramnya, DJ Soda berkongsi rakaman video memaparkan dia sedang memberi makanan kepada monyet.
Biarpun beberapa kali menjerit, namun DJ Soda tetap memberanikan diri memberi makan kepada haiwan itu beberapa kali.
"Tekak saya sakit akibat menjerit terlalu banyak," katanya pada posting berkenaan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah DJ berkenaan.
Tidak kurang juga yang memuji kecantikkan DJ Soda menggayakan baju tradisional Malaysia, kebaya.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
Difahamkan, DJ Soda tiba di Malaysia pada Jumaat lalu bagi melakukan persembahan di sebuah kelab di Kuala Lumpur Jumaat.