“Kena Monitor Under HDU, Ada Hentakan Dekat Kepala,” - Isteri Maklum Fad Kemalangan, Ramai Doa Cepat Sembuh
Pelawak dan juga penyampai radio, Fad Bocey dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan pada malam Isnin.
Berita itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Syahirah A. Rahman menerusi hantaran di ruangan Insta Stories miliknya.
Menurut Syahirah, dia tidak menjangkakan panggilan telefon yang diterima daripada Fad adalah berkenaan dengan kemalangan.
“Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah, Fad telefon dia kemalangan… Dugaan apa ni,” maklumnya.
Dalam pada itu, Syahirah juga turut memberitahu tentang perkembangan terkini Fad yang sedang dirawat di sebuah hospital.
Jelas Syahirah, suaminya itu memerlukan pemantauan rapi doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kemalangan.
“Maaf yang mana call tadi bateri tinggal 3 peratus, ni baru phone bernyawa. Update for now Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala to make sure semua bagus.
“Sebab masa dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi alhamdulillah dia kuat. Thank you yang mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah S.W.T,” coretnya.
Dalam pada itu, sahabat rapat Fad iaitu Achey juga turut berada di tempat kejadian dan menguruskan urusan kemalangan.
Achey juga berkongsi video pendek merakamkan keadaan terkini Fad yang terbaring di atas katil selepas menerima rawatan.
Bagaimanapun Fad sempat tersenyum ketika Achey merakamkan video tersebut.
“Moga cepat baik sahabat,” tulis Achey.
Sementara itu diruangan komen, rata-rata pengikut mereka termasuklah rakan selebriti mendoakan kesembuhan Fad.
“Cepat sihat Fad… Berderau tadi masa si Atu kabo,” tulis Ajak Shiro
“Cepat sihat Fad,” coret Shuib Sepahtu
“Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan semuanya. Get well soon,” doa Zulin Aziz.