Hiburan

“Kena Pandai Mancing, Duduk Tengah Tasik Panas Terik Hitam Legam…” – Comelnya Bila Isteri Zul Huzaimy Imbau Zaman Bercinta

Mya Amri
08/02/2019
07:30 MYT
Sponsor Banner
“Kena Pandai Mancing, Duduk Tengah Tasik Panas Terik Hitam Legam…” – Comelnya Bila Isteri Zul Huzaimy Imbau Zaman Bercinta
Isteri pelakon Zul Huzaimy, Nur Ernawati Mohamad mengimbau kenangan yang pernah dilalui bersama suaminya sewaktu zaman bercinta dahulu.
Menurut Erna, dia sanggup melakukan aktiviti memancing demi menambat hati suaminya itu.
“Kalau nak tau kekasih hati kita @zulhuzaimy_m hantu casting. Rumah no.2 dia dulu Kenyir, rumah no.3 perhentian (diving).
“Nak jadi gf dia dulu kena terer mancing dulu, kerna cinta ku turutkan duduk tengah-tengah tasik panas terik hitam legam angkut segala kasut, bag mak nenek beli kat pavi redah tido dalam boathouse.
“Berkampung situ dengan nyamuk, tak ada tv tak ada line phone bagai. Jadi itu hari kita tengok dia tak serupa orang dah.
“Siang malam kerja, makan tidur dengan #sparkmalaysianclub so ada cuti sehari kita halau dia pi casting.
“Tu dengan geng-geng bujang dia... #abgamza #abgwan #abgzamzi Lain tahun I teman you balik yer. Yang penting I dah buktikan cinta I dekat you khennn,” kongsinya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
A post shared by Mrs ZulHuzaimy (@miszerna) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan cerita Erna dan mendoakan pasangan sweet ini berkekalan hingga ke akhir ayat.
Terdahulu, Zul dan Erna telah berkahwin pada Februari 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Indah Armani, 2, dan Indra Arjuna yang dilahirkan pada 28 April lalu.
Selain itu, Zul juga mempunyai seorang anak lelaki, Awal Haziq hasil perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram @miszerna
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar