Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kena Patuk Ular Tiga kali, Salman Khan Tetap Selamba Sambut Birthday Ke-56 Tahun

Mya Amri 28/12/2021 | 03:21 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Navi Mumbai pada malam Sabtu lalu selepas dipatuk seekor ular.
Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular itu daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.
Bagaimanapun selepas enam jam menerima rawatan, Salman dibenarkan keluar dari hospital.
“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya.
“Ketika saya cuba menangkapnya, ular itu kemudiannya mematuk saya sebanyak tiga kali,” katanya kepada media.

A post shared by Instant Bollywood (@instantbollywood)

Dalam pada itu, Dr Kuldeep Salgotra yang merawat Salman memaklumkan tahap kesihatan aktor itu berada dalam keadaan baik.
"Dua pasukan doktor bersama Salman Khan dan kesihatannya juga baik-baik saja,” ujarnya ringkas.
Salman kemudiannya dibenarkan keluar hospital pada pagi Ahad.
Namun pada malam hari yang sama, Salman telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 bersama ahli keluarga.
Salman juga turut bertemu dengan paparazi yang berkumpul di luar rumah ladangnya untuk mengucapkan selamat hari lahir.
Tahun lalu, Salman juga telah menyambut hari lahirnya di rumah ladang di Panvel.
Semasa penutupan pada 2020, Salman Khan telah merakam dua muzik video di rumah ladang Panvelnya iaitu sebuah lagu berjudul Bhai Bhai dan Tere Bina yang menampilkan Jacqueline Fernandez.
Sumber: NDTV / India Today
Foto: Hindustan Times / instantbollywood
#Salman Khan #Birthday #Artis Bollywood #Ular #Kena Patuk Ular
;