Hiburan

“Kena Rembat Kat Hidung Sampai Goggle Tercabut, Kena Raba” – Alif Satar

Mya Amri
23/11/2018
07:32 MYT
Sponsor Banner
“Kena Rembat Kat Hidung Sampai Goggle Tercabut, Kena Raba” – Alif Satar
Pelakon dan penyanyi Alif Satar berkongsi pengalaman sewaktu menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Alif, dia terkejut apabila diumumkan mendapat tempat kelapan sebagai perenang terpantas bagi kategori umur yang disertainya.
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on
“Nak kongsi sedikit momori dan mana tahu mungkin dapat racun korang juga untuk your first triathlon event.
“Nampak tak ‘bracelet’ di bahagian kiri pergelangan kaki saya? Dia akan terus start time bukan bila hon dibunykan, tetapi bila korang dah mula masuk dalam laut untuk mula berenang.
“ 70.3 Ironman, jarak yang perlu dilalui adalah 1.9 km dan saya sangat terkejut apabila ‘the tracker’ tulis saya merupakan perenang kelapan terpantas bag kategori umur saya,” tulisnya.
nak share these moments and maybe dapat racun korang jugak untuk your first triathlon event. see that ‘bracelet’ on my left ankle? that’s the time chip.. dia akan terus start time bukan bila horn dibunykan, but bila korang start masuk dalam laut untuk mula swim..??‍♂️ 70.3 Ironman, swim distance is 1.9km and i was so surprised when the tracker tulis i was 8th fastest in my age group. maybe fobia jellyfish membantu jugak la untuk swim laju? part swimming ni, cabaran dia lain, macam berenang dalam washing machine, setakat kena rembat kat hidung sampai tercabut goggle tu perkara biasa,kena raba pun benda bisa juga sebab manusia memang ramai dan semua orang pikir ‘swim line’ masing-masing??but masa ni masih boleh senyum.. iya la kan, favourite kita swimming. So, ni gambar leps keluar laut nak ke basikal, haaaa part kayuh basikal.... lain pula cerita dia... to be continued?
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on
Kata Alif lagi, pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang melakukan cabaran tersebut termasuklah diraba.
“Mungkin fobia obor-obor membantu jugak la untuk berenang dengan laju. Bahagian berenang ini cabaran dia lain.
“Macam berenang dalam mesin basuh, setakat kena rembat kat hidung sampai tercabut goggle tu perkara biasa, kena raba pun benda biasa juga sebab manusia memang ramai dan semua orang fikir ‘swim line’ masing-masing.
“Tetapi masa ni masih boleh senyum. Iya la kan, favourite kita berenang. Jadi, ni gambar lepas keluar laut nak ke basikal, haaaa part kayuh basikal.... lain pula cerita dia... to be continued,” tulisnya.
Entri itu juga disertakan dengan foto-foto kenangan Alif ketika menyertai kejohanan tersebut di Langkawi pada Sabtu.
Selain Alif, selebriti lain yang turut menyertai kejohanan itu adalah Hairul Azreen dan Ammar Alfian.
Foto: Instagram @alifsatar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar