Hiburan
“Kena Rembat Kat Hidung Sampai Goggle Tercabut, Kena Raba” – Alif Satar
Pelakon dan penyanyi Alif Satar berkongsi pengalaman sewaktu menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Alif, dia terkejut apabila diumumkan mendapat tempat kelapan sebagai perenang terpantas bagi kategori umur yang disertainya.
“Nak kongsi sedikit momori dan mana tahu mungkin dapat racun korang juga untuk your first triathlon event.
“Nampak tak ‘bracelet’ di bahagian kiri pergelangan kaki saya? Dia akan terus start time bukan bila hon dibunykan, tetapi bila korang dah mula masuk dalam laut untuk mula berenang.
“ 70.3 Ironman, jarak yang perlu dilalui adalah 1.9 km dan saya sangat terkejut apabila ‘the tracker’ tulis saya merupakan perenang kelapan terpantas bag kategori umur saya,” tulisnya.
Kata Alif lagi, pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang melakukan cabaran tersebut termasuklah diraba.
“Mungkin fobia obor-obor membantu jugak la untuk berenang dengan laju. Bahagian berenang ini cabaran dia lain.
“Macam berenang dalam mesin basuh, setakat kena rembat kat hidung sampai tercabut goggle tu perkara biasa, kena raba pun benda biasa juga sebab manusia memang ramai dan semua orang fikir ‘swim line’ masing-masing.
“Tetapi masa ni masih boleh senyum. Iya la kan, favourite kita berenang. Jadi, ni gambar lepas keluar laut nak ke basikal, haaaa part kayuh basikal.... lain pula cerita dia... to be continued,” tulisnya.
Entri itu juga disertakan dengan foto-foto kenangan Alif ketika menyertai kejohanan tersebut di Langkawi pada Sabtu.
Selain Alif, selebriti lain yang turut menyertai kejohanan itu adalah Hairul Azreen dan Ammar Alfian.
Foto: Instagram @alifsatar