Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kenal 4 Bulan, Shahir AF Hanya Dedah Cinta Hati Pada Akad Nikah Jumaat Ini

Syafiqah Jalal 30/08/2022 | 06:19 MYT

Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.

Masih merahsiakan gerangan tunangnya, Shahir AF atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata dia bakal mendedahkan identiti bakal isterinya pada majlis pernikahan mereka nanti.
“Nak ke fasa baru ini sudah tentu tanggungjawab pun lebih besar kerana ia satu fasa perubahan dalam hidup…sudah tentu saya berdebar.
“Mengenai siapa bakal isteri saya biarlah tunggu majlis nikah nanti. Dia orang biasa yang berlainan bidang dengan saya dan baru berumur 30 tahun.
“Dia berasal dari Tawau, Sabah dan kami juga bertunang di sana. Namun dia menetap di sini,” katanya kepada Astro Gempak.
Shahir berkongsi mengenai persiapan akhir sebelum bergelar suami pada Jumaat ini ketika dihubungi oleh Gempak.
Berkongsi mengenai detik perkenalan mereka, Shahir memberitahu mereka hanya mengambil masa yang singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan pada Mei baru-baru ini iaitu selepas Aidilfitri. Tak sangka perkenalan kami dipermudahkan kerana masing-masing sedang mencari pasangan hidup.
“Kami tidak mengambil masa yang lama mungkin juga kerana faktor usia. Di awal perkenalan lagi dia sudah mengajak saya mengambil kurus kahwin untuk melihat bertapa saya serius dengan hubungan kami,” katanya lagi.
Ditanya adakah mereka tidak tergesa-gesa kerana hanya berkenalan empat bulan sahaja sebelum diijabkabulkan, Shahir ada alasan tersendiri.
“Pada saya usia perkenalan itu tidak menentukan sejauh mana kita mengenali pasangan kita. Ada yang bercinta bertahun-tahun pun bila berkahwin masih lagi ada perkara yang mereka baru tahu dan perlu fahami.
“Macam kami, memang usia perkenalan itu singkat tapi bila kami membuat keputusan untuk berkahwin…Alhamdulilah jadi urusan itu berjalan lancar dan mungkin ini jodoh yang ditentukan Allah,” kongsinya lagi.
Shahir dan bakal isteri melansungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah.
Shahir bakal melancarkan single terbaharu iaitu lagu ciptaan dia sepenuhnya buat bakal isteri yang akan dinyanyikan di hari persandingan mereka pada 3 September, Sabtu ini.

#Bercinta #Kahwin #Nikah #Kekasih #Isteri #AF #'Shahir
;