Viral
“Kenapa Ada Diskriminasi?” - Lana Nodin Perjelas Isu Kena Clamp, Persoal Kenapa Kereta Lain Boleh Parking Sesuka Hati
Pelakon Lana Nodin tampil mempertahankan diri daripada turus dikritik dan ditohmah netizen selepas berkongsi tentang saman yang dikenakan akibat meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya ketika berurusan dengan bank.
BERITA TRENDING: Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Clamp, Netizen Kata Salah Tetap Salah - "Bagus Penguatkuasa Tak Pilih Bulu"
Lana menerusi siaran langsung di Instagram berkata, senang bagi mereka yang tidak mengalami untuk berkata-kata memandangkan netizen dan pengguna media sosial tidak berada di situasi yang sama seperti dirinya.
“Tak payahlah kau nak acah acah… ‘Ala saman lah kau dah salah tu’. Senang mulut kau cakap.
"Esok kalau kau kena, tiba-tiba orang saman kau… Orang belakang kau parking lama-lama tak kena saman, kau akan pertikai kan?” soal Lana.
Dalam masa sama, pelakon itu bukan tidak mahu menerima kenyataan yang dirinya meletakkan kereta bukan di tempat letak kenderaan, tetapi lebih kepada mengapa dia dikenakan saman sementara beberapa kenderaan lain tidak.
“Tak payahlah cakap besar, tak payahlah. Kalau kau salah ya, aku salah. Tapi aku tanya balik kenapa kereta orang lain kau tak saman, kenapa kereta aku? Apa beza? Aku baru 3 minit kat sini.
“Kenapa ada diskriminasi, aku tertanya-tanya kenapa ada diskriminasi di sini,” katanya lagi.
Terdahulu, Lana hilang sabar apabila kereta yang dibawa dikunci tayar akibat didakwa meletakkan kenderaan sesuka hati, dan bukan di tempat yang sepatutnya.