Laman Utama

“Kenapa Buat Iqbal Macam Tu, Nampak Dia Bersungguh” - Isu Makin Tegang, DSV Pula Kena Tarbiah Dengan Peminat?

Hanafis Haris
24/09/2021
02:01 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Buat Iqbal Macam Tu, Nampak Dia Bersungguh” - Isu Makin Tegang, DSV Pula Kena Tarbiah Dengan Peminat?

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida sekali lagi dikecam netizen apabila ramai yang menganggap dia telah mempermainkan perasaan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Kecaman itu susulan pendedahan yang dibuat Iqbal mengatakan dia menerima layanan yang kurang menyenangkan daripada Vida.

Malah, dedah Iqbal dia pernah dibuang kerja daripada syarikat Vida sebelum dipanggil semula bersama tawaran rumah banglo bernilai RM2 juta dan kereta mewah.

Susulan itu, ramai ‘penyokong’ Iqbal tampil meninggalkan komen, memarahi Vida di beberapa posting Instagramnya.

“Bila nak kahwin ni, kenapa buat Iqbal macam tu. Nampak sangat dia bersungguh-sungguh nak awak. Tapi dia seperti diperlekehkan, tak faham la kami artis ni semua benda buat main-main”.

“Sedihnya baca story Iqbal”.

“Datuk solat istikharah, minta petunjuk,” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, Vida sebelum ini didakwa pernah memaklumkan kepada kakitangan dan rakannya mengenai sikap Iqbal yang dikatakan suka meminta-minta.

Lebih tegang apabila Vida difahamkan pernah melakukan kekerasan terhadap Iqbal kerana cemburu.

BACA: Iqbal Dah 'Fed Up' Dengan Perangai Vida, Dedah Pernah Kena Baling Selipar & Dihalau Dari Rumah?

Sekadar info, Iqbal dan Vida menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak beberapa minggu lalu apabila kedua-dua mereka dikatakan bakal berkahwin.

Pun begitu, hubungan cinta Iqbal dan Vida dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan dia tidak lagi memaksa Vida untuk mendirikan rumah tangga dengannya.

Menurut Iqbal, keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

BACA : “Harus Menjaga Maruah…”- Mohon Maaf Kisah Percintaan Viral, Iqbal Putus Asa Kahwin Vida?

BACA: “Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar