Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kenapa Choupette, Kucing Mendiang Karl Lagerfeld Merupakan Kucing Paling Bertuah Di Dunia?

Izwan Isa 14/02/2022 | 08:50 MYT
Jika anda mengikuti perkembangan dunia fesyen, sudah pasti anda mengenali kucing baka Birman berwarna putih kelabu milik mendiang pesohor fesyen, Karl Lagerfeld.
Diberi nama Choupette, kucing betina kesayangan Karl itu pernah melalui fasa ‘kegemilangan’ sewaktu tuannya masih hidup, termasuk menikmati setiap inci kemewahan milik Karl Lagerfeld.
Nak tahu kenapakah Choupette boleh disebut sebagai kucing paling bertuah di dunia? Jom semak fakta berikut:
Memiliki dua pembantu peribadi dan sebuah iPad
Dilayan seperti ‘permaisuri’, Choupette sangat beruntung kerana Karl menggajikan dua pembantu peribadi untuk menguruskan hal-hal berkaitan grooming. Choupette juga memiliki sebuah iPad dan suka berbelanja serta makan malam bersama tuannya.
“Choupette tidak suka haiwan lain dan kanak-kanak. Dia selalu berada dengan saya dan juga pembantu peribadinya. Mereka bermain dengannya dan menjaga penampilannya.
“Ada satu hal tentang dirinya yang membuatkan semua orang tidak mampu untuk melupakannya. Dia merupakan inspirasi keanggunan,” ujar Karl menerusi satu temu bual sebelum dia meninggal dunia.
Berharta
Disebabkan terlalu memuja Choupette, difahamkan Karl meninggalkan hartanya yang dianggarkan berjumlah £178 juta (RM1 bilion).
Tidak cukup dengan itu, Choupette juga memiliki kekayaan tersendiri selepas ditawarkan sebagai model dan juga bergelar duta produk. Dianggarkan pendapatan Choupette berjumlah £3 juta (RM17 juta).
‘Kahwin’
Jika anda ingin tahu, Choupette pada asalnya bukanlah milik Karl Lagarfeld, sebaliknya ia bertuankan model Perancis tersohor, Baptiste Giabiconi. Karl jatuh hati pada Choupette ketika menjaga rumah (house-sitting) Baptiste pada 2011.
“Memang tiada lagi perkahwinan dilakukan antara manusia dan haiwan… Saya tidak pernah menjangkakan jatuh sayang pada kucing ini,” ujar Karl yang pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Choupette.
Tinggal di Paris
Sejak kematian Karl Lagerfeld pada 19 Februari 2019, ramai yang bertanya, di manakah Choupette kini berada? Apakah nasibnya sebagai kucing yang paling bertuah di dunia?
Menerusi laporan media, difahamkan Choupette masih meneruskan hidup walaupun tanpa ketiadaan Karl Lagerfeld. Pada Januari 2020, Ketua Komunikasi bagi jenama Karl Lagerfeld berkata pada New York Times yang Choupette kini tinggal bersama ‘pengasuh’ Françoise Caçote yang juga pembantu rumah Karl Lagerfeld.
“Dia tinggal bersama pengasuhnya di Paris dan dia berada dalam keadaan sihat, dikelilingi oleh kasih sayang,” ujar Caroline.
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
#Karl Lagerfeld #Chanel #Choupette #Oyen Pet Insurance
;